PEDi adalah program yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd. PEDi Felda Krau 1 adalah fasa felda dimana sebelum ini dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Krau 1, Pusat Internet Komuniti Felda Krau 1.
PEDi adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pusat Jalur Lebar Komuniti yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat setempat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalur lebar, Pusat Jalur Lebar Komuniti kini dikenali sebagai PUSAT INTERNET juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di Pusat Internet tersebut.
Bangunan Balairaya JKKK Felda Krau 1 telah dipilih berdasarkan persetujuan komuniti dan pengerusi Felda dan pada 24 April 2010 PEDi telah beroperasi secara rasminya untuk orang ramai. Pelbagai latihan serta aktiviti telah dijalankan bagi menambah lagi penglibatan komuniti setempat disamping mengikat hubungan antara komuniti denganPEDi. Setelah mengambil kira keadaan sekitar yang perlu diperluaskan bagi memudahkan komuniti untuk membuat sebarang aktiviti, maka pada awal tahun 2015 pengubahsuaian bangunan telah dijalankan bagi memberi keselesaan kepada para pengguna.