mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SMART SERVICE -Ar Rayyan Zharif Bin Adnin Aminurrashid

LIFELONG LEARNING (TINY TECHIES)

NAMA : Ar Rayyan Zharif Bin Adnin Aminurrashid
UMUR : 12 Tahun
AHLI : 20
21

Latar belakang

Ar Rayyan Zharif adalah merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1 dan berumur 12 tahun. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik-beradik. Beliau merupakan seorang pelajar yang berdedikasi, rajin dan semangat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Beliau sering mengunjungi NADI Felda Krau 1 untuk melayari internet dan mengikuti program-program smart service NADI seperti program TINY TECHIES & Webinar-Webinar Cybersecurity , KIS dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum didedahkan dengan penggunaan ICT, Ar Rayyan Zharif mengunjungi NADI untuk melayari internet dan menonton video di Aplikasi Youtube. Tahap kemahiran ICT beliau masih di peringkat sederhana mahir. Beliau juga kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian di dalam komputer seperti Microsoft Office dan perisian-perisian teknologi yang amat diperlukan untuk dikuasai oleh setiap pelajar di zaman digital ini. Ar- Rayyan Zharif juga kurang pendedahan yang meluas berkaitan STEM dan Robotik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Ar Rayyan Zharif kini telah menguasai kemahiran untuk menggunakan Microsoft Office dengan lebih baik dan cekap setelah mengikuti kelas- kelas dan latihan yang telah dianjurkan oleh NADI.Selain  menyertai kelas-kelas ICT yang di jalankan di NADI seperti Ms.Office dan Multimedia , beliau juga mengikuti program-program smart service NADI seperti program TINY TECHIES & Webinar-Webinar Cybersecurity , KIS dan sebagainya.

Beliau juga dengan penuh minat melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan di bawah perkhidmatan pintar di NADI. Beliau merupakan salah seorang peserta / pelajar Mentor Tiny Techies untuk sesi pertama mewakili NADI Felda Krau 1. Dengan ilmu yang dipelajari sepanjang program Mentor Tiny Techies dijalankan Ar Rayyan Zharif berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran beliau dalam bidang STEM & Robotik . Beliau juga sering menyertai pertandingan Robot Sumo mewakili sekolah dan juga secara sendirian.