mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 – CELIK IT – Mohammad Adam Azizi Bin Rodzi

NAMA : Mohammad Adam Azizi Bin Rodzi
UMUR : 10 Tahun
AHLI : 2022

Latar belakang

Mohammad Adam Azizi Bin Rodzi merupakan cucu seorang peneroka Felda Krau 1. Beliau tinggal di Felda Krau 1 bersama keluarganya. Beliau berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1. Adam merupakan anak ke-2 dalam keluarga daripada 3 orang adik beradik. Sejak menjadi ahli di NADI Felda Krau 1, beliau sering mengunjungi NADI untuk melayari internet, mengikuti kelas latihan ICT, menyertai Webinar atas talian, dan juga bermain permainan-permainan komputer bersama rakan-rakan di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan di NADI, beliau kurang terdedah kepada kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Akses kepada peranti dan pembelajaran digital adalah terhad, dan beliau tidak mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer atau perisian pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sejak menyertai NADI Felda Krau 1, Adam menunjukkan perkembangan luar biasa dalam kemahiran ICT. Beliau menjadi peserta tetap dalam kelas-kelas ICT dan STEM, termasuk bengkel pengaturcaraan asas menggunakan Scratch. Minat dan keyakinan beliau terhadap teknologi meningkat dengan ketara. Adam kini mampu untuk menggunakan komputer secara berdikari, mengikuti kelas dalam talian, serta memahami konsep asas pengaturcaraan dan sains.