mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – En.Azeman Bin Jaafar

PERKHIDMATAN KATERING (AJ CATERING)

NAMA

:

Azeman Bin Jaafar

UMUR

:

47 Tahun

AHLI

:

2017

 

Latar belakang

    

En.Azeman Bin Jaafar merupakan anak kepada salah seorang peneroka di Felda Krau 1. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan merupakan seorang bekas angkatan tentera. Semasa beliau berkhidmat dalam angkatan tentera beliau menjalankan tugas mengendalikan masakan dengan memegang jawatan sebagai pengurus sajian kanan. Selepas beliau bersara dari angkatan tentera beliau menetap di Felda Krau 1. Sebelum bergiat aktif dalam bidang katering, beliau mengusahakan ternakan lebah kelulut. Beliau merupakan seorang yang sangat minat dengan dunia perniagaan dan selalu ingin mencuba mendedahkan bakat dan ilmu yang beliau miliki.

Oleh itu, dengan bakat dan kemahiran yang beliau ada dalam bidang masakan dan sajian beliau telah memulakan satu perniagaan dalam bidang ini bermula dengan mengambil alih tender masakan di kantin Sekolah Rendah Felda Krau 1 awal tahun 2016. Disamping mengendalikan kantin sekolah, beliau turut menyediakan perkhidmatan catering pada asalnya hanya secara sambilan dan kecil-kecilan sahaja. Dan apabila semakin mendapat sambutan beliau memperluaskan lagi perkhidmatan katering ini dan perniagaan beliau di beri nama AJ Catering.

AJ Catering merupakan perniagaan keluarga beliau yang mana di bantu oleh isteri beliau sendiri iaitu Pn.Rozita Jamaluddin. Menerima tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan, akikah, kenduri tahlil, dan majlis-majlis rasmi yang lain. AJ Catering turut membuka tempahan sarapan pagi dan makan tengahari buat pekerja-pekerja am di sekitar kawasan Felda Krau 1.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Sebelum menggunakan ICT dalam mempromosikan perkhidmatan ini, beliau dan isteri hanya berpeluang memperkenalkan perkhidmatan yang di sediakan oleh AJ Catering secara langsung kepada penduduk setempat, rakan-rakan serta saudara-mara terdekat sahaja. Tempahan yang di terima juga kebanyakannya dari penduduk sekitar sahaja. Bagi yang ingin membuat tempahan perlu hubungi beliau atau berkunjung sendiri ke rumah beliau untuk sebarang perbincangan. Pendapatan sebelum beliau menggunakan ICT dalam mempromosikan perniagaan beliau dalam sekitar3 – 4 angka sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mendaftar menjadi ahli PI, En.Azeman berpeluang mengikuti kelas-kelas yang di anjurkan oleh PI seperti kelas Latihan Keusahawanan dan online marketing. Dengan ilmu yang diperolehi beliau mula memperluaskan promosi perkhidmatan AJ Catering di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Kini, perkhidmatan yang di sediakan oleh AJ Catering sering mendapat tempahan bukan sahaja dari penduduk setempat malahan di kawasan bandar Raub juga. Pengenalan kepada aplikasi Dashboard My Shop juga membantu En.Azeman dalam mempromosikan perniagaan beliau. Beliau dapat menambah semakin ramai kenalan dan pelanggan.

Tempahan kini turut boleh di lakukan melalui Whatsapp dan Facebook sahaja. Dengan ini lebih memudahkan pelanggan yang tinggal di kawasan bandar yang berminat untuk menempah perkhidmatan AJ Catering bagi  berbincang mengenai pakej dan senarai sebut harga untuk sebarang majlis yang bakal di adakan.

Apabila perniagaan semakin di kenali ramai secara tidak langsung pendapatan beliau juga semakin bertambah sehingga mencecah 5 angka sebulan. Beliau juga telah mampu menggajikan beberapa orang pekerja bagi membantu urusan perniagaan beliau.