KEJAYAAN USAHAWAN(AIS KRIM MALAYSIA) – WAN NORFARRAHANA BT WAN AB AZIZ
NAMA : Wan Norfarrahana Bt Wan Ab Aziz
UMUR : 28 Tahun
AHLI : 2024
Latar belakang
Cik Wan Norfarrahana Bt Wan Ab Aziz merupakan generasi kedua di Felda Krau 1. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 6 orang adik beradik. Beliau berkelulusan SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Beliau menetap di Felda Krau 1 bersama ibubapanya. Pada mulanya beliau hanya menjadikan aktiviti membuat aiskrim Malaysia ini sebagai hobi sahaja. Dengan minat yang beliau ada beliau ingin cuba menjadikan hobi ini satu aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan buat beliau sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menggunakan ICT dan penglibatan NADI dalam perniagaan, Cik Wan Farhana hanya mempromosikan produk aiskrim malaysia dengan menjual di Kawasan sekitar komuniti Felda Krau 1 sahaja dan promosi kepada rakan-rakan terdekat.Hasil jualan beliau ketika ini juga masih rendah sekitar RM 100 sahaja sebulan. Untuk permulaan beliau hanya menggunakan modal sendiri secara kecil-kecilan . Apabila mula mendapat tempahan dari jiran tetangga dan rakan-rakan yang pernah mencuba aiskrim Malaysia ini untuk majlis kecil-kecilan , Cik Wan Farhana mula mencari ilmu bagaimana untuk mendapatkan bantuan suntikan modal perniagaan dari agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Pada ketika ini promosi yang di jalankan masih lagi secara “offline”.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Dengan sedikit sebanyak pengetahuan ICT yang diperolehi, Cik Wan Farhana mula belajar mempromosikan produk airkrim Malaysia beliau secara lebih meluas di laman media sosial seperti Facebook dan Whatsapps (Group jualan bazar & status). Dari sini, pengetahuan beliau semakin bertambah di mana beliau berpeluang mempelajari teknik-teknik mempromosikan produk serta menambahkan prospek dan target jualan dengan lebih meluas dan berkesan. Beliau mula mempromosikan produk aiskrim Malaysia beliau ke dalam page group di laman Facebook bagi meluaskan dan mengembangkan lagi jualan beliau di sekitar Raub.
NADI juga memainkan peranan membantu Cik Wan Farhana dengan menyediakan kelas usahawan seperti kelas fotografi LED mini studio. Melalui kelas ini, Cik Wan Farhana berpeluang mempelajari teknik mengambil foto produk dengan sudut, pencahayaan yang betul supaya dapat menghasilkan foto produk yang lebih kemas, eksklusif dan cantik untuk dijadikan bahan promosi. NADI jugak membantu mengkongsikan iklan aiskrim Malaysia ini di laman page Facebook NADI Felda Krau 1. Aiskrim Malaysia Cik Wan Farhana semakin dikenali dan sekaligus dapat menambahkan pendapatan jualan beliau dimana ianya meningkat sehingga RM 500 sebulan.


