mcmc
Kisah Kejayaan

(Q3 2024) CELIK IT – Afiq Muhaimin Bin Zulkifli

NAMA

:

Fitriani Rania Binti Ahmad Fitri

UMUR

:

10 Tahun

AHLI

:

2023

 

Latar belakang

Afiq Muhaimin Bin Zulkifli, seorang pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1, merupakan anak kedua daripada lima beradik. Dia mula melibatkan diri di NADI felda Krau 1 sejak September 2022. Afiq menunjukkan minat yang mendalam terhadap teknologi dan sering mengunjungi NADI untuk menggunakan computer dan mengikut kelas ICT yang ditawarkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada awalnya, Afiq kurang mahir dalam penggunaaan teknologi dan sering menggunakan computer hanya untuk menonton video dan bermain permainan. Tahap penguasaan perisian asas seperti Microsoft Word, PowerPoint, dan Excel masih lemah. Dia juga tidak tahu bagaimana cara menggunakan perisian multimedia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak NADI, Afiq mula menguasai kemahiran asas menggunakan Microsoft Office serta mencipta persembahan PowerPoint. Beliau juga belajar untuk mencipta poster poster dan suntingan imej melalui kelas multimedia yang dijalankan. Afiq sering menyertai kelas seperti Kelas Asas Microsoft Office, Kelas Coding menggunakan Scratch, Program STEM/IoT, dan pelbagai kelas Kemahiran Insaniah. Ini telah memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan kemahiran computer dan ICT secara keseluruhan.