Nama Tarikh |
: LATIHAN ICT – MUTIMEDIA (Video Animasi) : 20 April 2024 (SABTU) |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Felda Krau 1 |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan :
– Mengajar teknik dasar pembuatan animasi video ringkas menggunakan perisian animasi yang sesuai seperti canva.com
– Membangkitkan minat dan kreativiti pelajar dalam seni animasi dan mendorong pemikiran visual dan naratif di kalangan pelajar.
– Meningkatkan kemahiran teknikal pelajar dalam penggunaan perisian animasi dan peralatan berkaitan
– Memberikan platform kepada pelajar untuk mengekspresikan idea dan cerita mereka melalui medium animasi.
– Menyemai minat dalam bidang seni digital dan potensi kerjaya di dalamnya.
– Penggunaan animasi sebagai alat pengajaran boleh membantu meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap topik-topik yang kompleks, meningkatkan minat mereka dalam pembelajaran, dan seterusnya meningkatkan
pencapaian akademik.
Aktiviti :
– Pelajar diminta untuk membuka laman web canva.com bagi memulakan pembelajaran kelas animasi video.
– Petugas memperkenalkan konsep animasi kepada pelajar, termasuk prinsip-prinsip animasi seperti karakter,gerakan, timing, dan keyframes.
– Pelajar di beri tugasan untuk membuat 1 storyboard menggunakan canva.com bagi menghasil animasi mereka. Dan petugas menerangkan pentingnya storyboard dalam proses animasi untuk merancang plot dan urutan.
– Petugas memberi masa kepada pelajar bereksperimen dengan membuat animasi berdasarkan storyboard mereka mengikut kreativiti masing-masing.
– Pelajar di minta mempamerkan hasil karya animasi masing-masing bagi memberi mereka peluang untuk mendapatkan pengiktirafan atas usaha mereka, meningkatkan keyakinan diri dan motivasi untuk terus menceburi bidang ICT dan multimedia.
===========================================================================================