NAMA |
: |
Muhammad Aidid Hariri Bin Mohd Helmi |
UMUR |
: |
11 Tahun |
AHLI |
: |
2022 |
Latar belakang
Muhammad Aidid Hariri Bin Mohd Helmi merupakan cucu kepada salah seorang peneroka Felda Krau 1. Beliau tinggal di Felda Krau 1 bersama keluarga .Beliau berumur 11 Tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1. Aidid merupakan anak ke 2 dalam keluarga daripada 3 orang adik beradik. Sejak menjadi ahli di NaDi Felda Krau 1, beliau sering mengunjungi NaDi untuk melayari internet, mengikuti kelas tuisyen secara atas talian, bermain permainan-permainan komputer bersama rakan-rakan di NaDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Sebelum didedahkan dengan penggunaan ICT, Aidid sering berkunjung ke NaDi dan meluangkan masa dengan hanya menonton video di laman Youtube , bermain permainan komputer bersama rakan,. Sesekali beliau juga menggunakan perkhidmatan melayari internet di NaDi untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah yang di beri oleh guru. Pada ketika ini tahap penguasaan komputer dan ICT masih di peringkat rendah. Beliau masih kurang mahir menggunakan komputer dan perisian yang ada.seperti Microsoft Office dan perisian-perisian asas yang perlu bagi pelajar sekolah rendah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Dengan penglibatan pihak NaDi dalam usaha melahirkan para pelajar yang celik ilmu ICT , Aidid Hariri kini semakin mahir dalam penggunakan komputer dan semakin minat untuk datang ke PEDi bagi mempelajari ilmu-ilmu berkaitan ICT . Beliau sering melibatkan diri dengan pelbagai kelas kemahiran ICT dan program yang di anjurkan di NaDi Felda Krau 1 contohnya Kelas Asas Microsoft Word, Power Point , Publisher .Beliau telah menguasai kemahiran untuk menggunakan perisian asas komputer ini dengan lebih baik dan cekap setelah mengikuti kelas- kelas dan latihan yang telah dianjurkan oleh NaDi.
Beliau juga tidak pernah melepaskan peluang mengikuti program yang di jalankan di NaDi seperti program cuti sekolah STEM, kelas multimedia (video), mencipta poster, kelas Coding dan sebagainya. Beliau juga sering menyertai pertandingan ICT yang dianjurkan oleh NaDi seperti pertandingan menaip pantas, pertandingan menghasilkan poster, Kuiz Kahoot ICT,pertandingan sukaneka dan banyak lagi. Kini Aidid semakin minat berkunjung ke NaDi untuk mempelajari pelbagai ilmu berkaitan ICT. Aidid juga merupakan salah seorang peserta program digital Learning (e-Tuisyen) di mana beliau mengikuti kelas tambahan secara atas talian pada hujung minggu dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan komputer dan internet yang di sediakan di NaDi.