PROJEK HAIWAN PELIHARAAN KUCING
NAMA |
: |
Abdul Rashid Bin Hussin |
UMUR |
: |
29 Tahun |
AHLI |
: |
2010 |
Latar belakang
En Abdul Rashid Bin Hussin merupakan salah seorang anak peneroka Felda Krau 1. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Putra Malaysia. Mula menjadi ahli PI pada Mei 2010. Beliau berminat dengan haiwan dan telah membuka satu projek peliharaan kucing yang berada di kawasan rumah ibu beliau di Felda Krau 1. Beliau membuka pusat peliharaan haiwan pada tahun 2012 dengan bermodalkan RM20000.00 dengan membuat pinjaman di bank.
Beliau menawarkan pelbagai produk fizikal kucing termasuk menjual makanan, barangan kecantikan, makanan tambahan, sangkar dan pasir khas,turut juga member khidmat nasihat, perundungan pembelian mengikut bajet pelanggan serta tunjuk ajar kepada pemiliknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum membuka pusat haiwan ini, beliau mengambil tempoh setahun untuk melakukan kajian, persedian dan mengukuhkan pengetahuan asas mengenai keperluan kucing. Sekitar tahun 2012, beliau telah membuka pusat haiwan dengan memberi nama Catliving.
Pada permulaannya, beliau hanya mampu menyediakan sekitar 6 sangkar dan tempat saliran najis dan tempat makanan. Beliau hanya membuat promosi serta hebahan memlalui edaran flyers. Pelanggan beliau hanya terdiri dari kenalan yang tinggal di kawasan sekitar sahaja. Purata pendapatan beliau dalam RM4000 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas diperkenalkan dengan medium “online marketing” seperti facebook, Instagram, whatsapp dan juga aplikasi dashboard Myshop, beliau menjadi lebih teruja untuk mempromosikan produk-produk perniagaannya. Dengan adanya Internet, memudahkan lagi kerja dan info berkaitan haiwan peliharaannya. Pendapatan beliau juga telah meningkat kepada RM7000 sebulan.
FB |
https://www.facebook.com/langmerah.cattery |
|
rashidcattery |
|
016-3463545 |