mcmc
Kisah Kejayaan

(Q3 2023) CELIK IT – Ar Rayyan Zharif Bin Adnin Aminurrashid

NAMA

:

Ar Rayyan Zharif Bin Adnin Aminurrashid

UMUR

:

10 Tahun

AHLI

:

2021

 

Latar belakang

Ar Rayyan Zharif adalah merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1 dan berumur 10 tahun. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik-beradik. Beliau merupakan seorang pelajar yang berdedikasi, rajin dan semangat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Beliau sering mengunjungi PEDi Felda Krau 1 untuk melayari internet dan mengikuti kelas tuisyen secara atas talian dan mengikuti webinar-webinar yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum didedahkan dengan penggunaan ICT, Ar Rayyan Zharif mengunjungi PEDi untuk melayari internet dan menonton video di Aplikasi Youtube. Tahap kemahiran ICT beliau masih di peringkat sederhana mahir. Beliau juga kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian di dalam komputer seperti Microsoft Office yang amat diperlukan untuk dikuasai oleh setiap pelajar di zaman digital ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Ar Rayyan Zharif kini telah menguasai kemahiran untuk menggunakan Microsoft Office dengan lebih baik dan cekap setelah mengikuti kelas- kelas dan latihan yang telah dianjurkan oleh PEDi. .Beliau menyertai kelas-kelas ICT yang di jalankan di PEDi dengan penuh dedikasi dan semangat seperti kelas Microsoft Word, Power Point, Publisher ,scratch dan banyak lagi. Setelah mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di PEDi ,tahap kemahiran menaip beliau kini semakin meningkat . Beliau juga dengan penuh minat melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan di PEDi seperti aktiviti cuti persekolahan , kelas multimedia poster , video, pertandingan-pertandingan ICT ,kelas-kelas S.T.EM dan banyak lagi. Ar Rayyan Zharif juga sering mengikuti kelas-kelas e-tuisyen anjuran PEDi dengan menggunakan kemudahan PC dan internet yang disediakan di PEDi Felda krau 1.