mcmc
Kisah Kejayaan

(Q2 2022) KEUSAHAWANAN – Nor Hidayu Binti Napiah

USAHAWAN AGROTEKNOLOGI (Collocasia Village) 

NAMA

:

Nor Hidayu Binti Napiah

UMUR

:

29 Tahun

AHLI

:

2018

 

Latar belakang

Pn Nor Hidayu Napiah merupakan seorang anak peneroka Felda Krau 1. Beliau merupakan seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata dan juga seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan seorang alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Beliau mula fokus mengembangkan perniagaan agroteknologi semenjak tahun 2020 ketika negara dilanda wabak covid.

Pada permulaannya, beliau hanya menanam tanaman hiasan untuk mencantikkan kawasan halaman rumahnya sebagai hobi. Akan tetapi, rakan-rakan dan penerokawati sekitar berminat dengan tanaman hiasan beliau terutamanya spesis keladi dan meminta untuk membeli anak pokok beliau. Di situ bermulanya beliau bersama suaminya mengambil peluang menjadikan hobi kepada pekerjaan. Beliau dan suaminya mula menjual anak pokok melalui laman sosial facebook miliknya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, pendapatan jualan anak pokok dalam sekitar RM300 sahaja Penjualan anak pokok juga terhad hanya kepada warga Felda Krau 1 yang hanya pergi ke rumah Pn. Nor Hidayu membeli anak pokok secara terus daripada beliau. Perniagaan beliau juga hanya menggunakan modal sendiri tanpa suntingan modal atau pinjaman modal daripada mana- mana agensi.   

Anak pokok yang laris terjual adalah mengikut trend terkini seperti anak pokok keladi dengan pelbagai jenis ID. Dengan harga serendah RM10 untuk anak pokok saiz kecil membuatkan perniagaan anak pokok Puan Norhidayu mulai berkembang dikenali ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan penglibatan PEDi, Pn. Norhidayu mula mempromosikan produk agrroteknologi beliau (anak pokok) secara meluas di laman sosial Facebook dan WhatsApp. Beliau juga turut mengikuti pelbagai bengkel dan program usahawan yang dijalankan di PEDi. Beliau berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih berkesan. Beliau juga dapat mempelajari cara dan teknik untuk mengendalikan perniagaan dengan lebih tertib.   .

Dengan penggunaan media sosial sebagai alat untuk mempromosikan perniagaan beliau, produk beliau lebih dikenali ramai. Malah, pemasaran produk beliau kini meluas serata pelosok daerah di Malaysia.Sebelum ini, produk beliau hanya dibeli oleh penduduk sekitar, namun kini beliau menerima tempahan anak pokok dari serata negeri dan dihantar melali perkhidmatan Pos kepada pelanggan.

Beliau juga telah menambah pelbagai jenis pokok untuk dijual dan mampu untuk mengeluarkan modal yang besar untuk hanya setiap satu anak pokok.Dengan anak pokok yang dibeli, beliau membuat semaian anak pokok untuk medapatkan lebih banyak anak pokok untuk dijual. Justeru itu hasil jualan anak pokok beliau mencecah 3000-3300 sebulan.