NAMA |
: |
Ar Rayyan Zafran Bin Adnin Aminurrashid |
UMUR |
: |
11 Tahun |
AHLI |
: |
2021 |
Latar belakang
Ar Rayyan Zafran adalah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1 dan berumur 11 tahun. Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. Beliau merupakan seorang pelajar yang berdedikasi, rajin dan semangat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Beliau sering mengunjungi PEDi Felda Krau 1 untuk melayari internet dan mengikuti kelas tuisyen secara atas talian,
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum didedahkan dengan penggunaan ICT, Ar Rayyan Zafran lebih berminat mengunjungi PEDi untuk bermain permainan atas talian dan menonton video di aplikasi Youtube. Tahap kemahiran ICT beliau masih di peringkat sederhana mahir. Beliau masih kurang mahir menggunakan perisian-perisian di dalam komputer seperti Microsoft Office yang mana di perlukan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di era ICT sekarang ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti pelbagai kelas dan program ICT yang dianjurkan di PEDi, Ar Rayyan Zafran kini mampu untuk menggunakan Microsoft Office dengan lebih baik dan cekap.Beliau tidak pernah melepaskan peluang menyertai kelas-kelas ICT yang di jalankan di PEDi seperti kelas Microsoft Word, Power Point, Publisher , Paint dan banyak lagi. Dengan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di PEDi juga ,tahap kemahiran menaip beliau kini semakin meningkat . Beliau juga sentiasa melibatkan diri dengan aktif bagi program-program yang di jalankan di PEDi seperti aktiviti cuti persekolahan , kelas multimedia poster , video, pertandingan-pertandingan ICT , sukaneka HBK dan banyak lagi. Ar Rayyan Zafran juga sering mengikuti kelas-kelas e-tuisyen anjuran PEDi dengan menggunakan kemudahan PC dan internet yang disediakan di PEDi Felda krau 1.