NAMA |
: |
Muhammad Amir Irsyad Bin Romzi |
UMUR |
: |
9 Tahun |
AHLI |
: |
2019 |
Latar belakang
Muhammad Amir Irsyad Bin Romzi merupakan cucu kepada salah seorang peneroka Felda Krau 1 yang menetap di Felda Krau satu Bersama keluarganya sejak tahun 2018 sehingga kini . Beliau berumur 9 Tahun dan bersekolah di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Al-Fateh , Raub. Muhammad Amir Irsyad merupakan anak sulung dalam keluarga daripada 3 orang adik beradik. Beliau sering mengunjungi PEDi Felda Krau 1 untuk melayari internet, mengikuti kelas tuisyen secara atas talian, PDPR dan bermain permainan pendidikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum didedahkan dengan penggunaan ICT, Amir Irsyad lebih berminat datang ke PEDi untuk bermain permainan atas talian dan menonton video di aplikasi Youtube. Sesekali beliau juga menggunakan perkhidmatan melayari internet di PEDi untuk mencari bahan-bahan di internet bagi menyelesaikan tugasan sekolah yang diberi oleh guru. Beliau masih lagi kurang pendedahan terhadap ICT dan masih kurang mahir menggunakan komputer dan perisian yang ada.seperti Microsoft Office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan penglibatan pihak PEDi dalam usaha mendedahkan para pelajar dengan ilmu ICT , Muhammad Amir Irsyad kini semakin mahir dalam penggunakan komputer dan semakin minat untuk datang ke PEDi untuk mempelajari ilmu-ilmu berkaitan ICT . Beliau sering melibatkan diri dengan pelbagai kelas kemahiran ICT dan program yang di anjurkan di PEDi Felda Krau 1 seperti Kelas Asas Microsoft Word , Power Point , Publisher .Dengan mengikuti kelas-kelas asas yang di jalankan , beliau kini semakin mahir dan mampu menaip menggunakan teknik yang betul. Beliau juga tidak pernah melepaskan peluang mengikuti program yang di jalankan di PEDi seperti program cuti sekolah STEM, kelas multimedia (video) , mencipta poster dan sebagainya. Amir Irsyad juga sering mengikuti kelas tambahan secara atas talian dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan komputer dan internet yang di sediakan di PEDi. Beliau juga sering menyertai pertandingan ICT yang dianjurkan oleh PEDi seperti pertandingan menaip pantas, pertandingan menghasilkan poster, pertandingan mencipta origami, pertandingan sukaneka dan banyak lagi.