mcmc
Pelancongan

KELA ADVENTURE CAMP (KAC)

 

 

Kela Adventure Camp (KAC) merupakan sebuah pusat rekreasi yang terletak di bawah Banjaran Titiwangsa. KAC terletak di kawasan perkampungan Orang Asli Ruai, Kelang dan Buntu Ulu Sungai lebih kurang 40 km dari Daerah Raub. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam perjalanan melalui KL-Karak highway, exit Bentong. KAC dibina pada tahun 2005 dengan keluasan 3 ekar mampu menampung sehingga 350 orang peserta pada satu masa.

KAC menjadi tarikan pengunjung kerana mempertengahkan konsep “feel the nature of adventure” dimana kawasannya dikelilingi kebun buah-buahan di dalam hutan semulajadi dan mempunyai sungai yang jernih. Sejak penubuhan KAC telah menerima pelbagai lapisan pengunjung seperti korporat, syaarikat, universiti, sekolah dan institusi keluarga. KAC juga telah memperkenalkan pelbagai pakej yang menarik sesuai untuk aktiviti luar menggunakan elemen tanah, air dan angin. Aktiviti-aktiviti yang dejalankan seperti “ night walking, survical kitchen, jungle tracking, water confident, water rafting, water fun clap activities, water tracking, Burma bridge, flying fox , silara bridge dan macam-macam lagi.

KAC juga dilengkapi pelbagai fasiliti seperti chalet buluh tradisional, chalet moden, tandas, bilik persalinan, ruang solat, ruang serbaguna, ruang makan, dapur, tapak perkhemahan dan juga tapak meletak kenderaan. Tarikan chalet buluh tradisional adalah ia dibina menyerupai rumah pada 50 an ke 70 an. Ia dibina 100% menggunakan tumbuhan semulajadi iaitu tiang nya diperbuat daripada kayu keras keras dan atap nya menggunakan daun Bertam. Manakala dindingnya deperbuat daripada buluh. Ia memberi pengalaman dan suasana kembali kepada alam semulajadi.

 

RUJUKAN

https://kelaadvcamp.blogspot.com/

Alamat : Kampung Kela ,Jalan Ulu Sungai,

27610 Raub , Pahang

Tel : 019-9551752

Email : kelacamp08@gmail.com