NAMA |
: |
Mohamad Sufyan Bin Mahamad |
UMUR |
: |
13 Tahun |
AHLI |
: |
2010 |
Latar belakang
Sufyan anak sulung dari 4 adik beradik. Beliau berumur 13 tahun. Beliau tinggal bersama keluarga di Felda Krau 1. Beliau sering mengunjungi PI selepas habis waktu persekolahan. Beliau akan datang ke PI untuk membuat kerja sekolah dengan melayari internet. Pada mulanya beliau hanya menggunakan komputer untuk bermain game dan melayari facebook. Selepas mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan, Sufyan telah berjaya menggunakan internet dengan berhemah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menyertai kelas yang dijalankan di PI Felda Krau 1 ,tahap pengetahuan beliau mengenai ICT adalah sederhana. Pada permulaan beliau hanya ke PI untuk bermain game secara senyap-senyap dan hanya membuka Facebook dan youtube sahaja. Selepas dinasihati oleh petugas PI, Sufyan telah mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan dan pengetahuannya mengenai ICT telah berkembang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah saya mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan, saya lebih suka membuka laman web berbentuk pelajaran. Ini lebih menarik minat saya kerana ada video pembelajaran yang menarik. Saya juga mengikuti kelas Klik Dengan Bijak, dengan itu saya lebih beretika dalam melayari internet. Saya sudah mula mengetahui bahawa tidak elok mendedahkan diri di alam maya.