mcmc
Kisah Kejayaan

(Q1 2020) KEUSAHAWANAN – Pn.Norfadzilah Binti Radzali

USAHAWAN BAKERI

NAMA

:

Pn.Norfadzilah Binti Radzali

UMUR

:

30 Tahun

AHLI 

: 2018

 

Latar belakang

Cik Norfadzilah Binti Radzali merupakan anak  kelima  daripada 6 orang adik beradik. Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) .Beliau merupakan seoarang usahawan bakeri sejak dari tahun 2013 setelah tamat kursus di Giat Mara Raub. Beliau mengambil kursus dalam bidang Confectionary and bakery di Pusat Giat Mara Raub. Beliau juga turut melibatkan diri di Empower Acer Raub bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau dalam bidang ini. Beliau ingin menjadikan minat itu sebagai satu hobi yang boleh mendatangkan hasil kepada diri dan keluarga beliau. Beliau menjual dan mengambil tempahan pelbagai jenis kek, roti dan cookies .Beliau juga menerima tempahan goodies untuk cookies yang beliau hasilkan seperti rainbow cookies, brownies cookies bagi majlis-majlis tertentu.Beliau ingin meluaskan perniagaan ini sehingga di kenali ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk permulaan, sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, pendapatan Pn.Fadzilah tidak begitu tinggi hanya sekitar RM500 sahaja. Beliau akan membuat mengikut permintaan pelanggan terdekat sahaja melalui hebahan secara ‘’offline’’ kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja. Beliau juga tidak pernah mendapatkan apa-apa bantuan dari segi modal dari mana-mana agensi. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal sendiri sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan perkhidmatan dan produk bakeri beliau secara meluas di laman sosial seperti facebook ads, fanpage, Instagram,blogspot dan whatsapp.Dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau belajar cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook, cara membina website perniagaan sendiri dan banyak lagi. 

Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 2500/sebulan.