Lokasi Tanah Aina Fahad yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang bersebelahan dengan tempat perkelahan Lata Jarum. Dengan keluasan lima ekar, ia dibuka umum sejak tiga tahun lalu. Tanah Aina Fahad adalah bersempena nama cucu Puan Seri Shariffa Sabrina, pemilik tempat beriadah yang indah ini.
Tanah Aina Fahad merupakan salah satu destinasi pelancongan eco tourism milik Puan Seri Shariffa Sabrina dan nama-nama tempat percutian berkenaan dipilih sempena nama anak-anaknya. Selain Tanah Aina Farrah Soraya (Raub), Tanah Aina Farouq (Mukim Tras, Raub) dan Tanah Aina Fareena (Bentong).
Tempat percutian berkonsep perkhemahan atau ‘glamping’ (gabungan ‘glamour’ dan ‘camping’) Tanah Aina Fahad ibarat ‘syurga tersembunyi’. Air, tanah, udara dan pohon menghijau bergabung mencipta suatu keasyikan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Anda ibarat dibawa kembali menikmati alam semulajadi yang begitu nyaman, damai dan mempersona.
Percutian ala perkhemahan mewah di Tanah Aina Fahad pasti memberi pengalaman baru pada anda. Ini disebabkan ia berbeza daripada destinasi percutian yang biasa di tawarkan, iaitu di dalam hutan dan perkhemahan ini pula di tepi sungai yang jernih lagi nyaman!
Dari luar, perkhemahan ‘glamping’ ini kelihatan khemah biasa. Namun, jejak sahaja ke dalam khemah, kelihatan katil bertilam empuk, selimut dan kipas angin. Amat selesa bagai berada dalam rumah! Setiap satu khemah terdapat empat buah katil.
Begitu juga dengan kamar mandi yang dilengkapi kemudahan bertaraf hotel . Dingin segar air yang mengalir daripada pancutan buluh mampu menghilangkan lesu badan dan penat minda. Ternyata glamping ini amat mengujakan. Inilah masanya anda lari sebentar dari hiruk-pikuk kota dan beban kerja tidak berkesudahan.
Selain mandi sungai sambil menikmati deruan air terjun sejuk dan dingin, aktiviti lain yang disediakan di Tanah Aina Fahad termasuklah dapur dan ruang memasak serba lengkap, keperluan barbeku, melawat kawasan kampung, merasai pengalaman menoreh getah, menikmati masakan kampung, jungle trekking dan juga aktiviti air seperti tubing di Sungai Chekas.
Segalanya teratur dan menjanjikan keselesaan dan kepuasan. Konsep glamping pertama seumpamanya di Malaysia. Namun tidak mengetepikan ‘rasa hutan’ yang asli. Siang dengan aktiviti riadah dan malam boleh barbeku sambil karaoke. Juga boleh bersantai bertemankan unggun api.
RUJUKAN
https://wowmalaysia.com.my/tanah-aina-fahad-glamping-5-bintang/
Contact : 016-6090493(Ms. Juliet), 016-2159252(Ms. Hannah) or 016-216 9252 (Mr, Haidhar)(9 a.m. to 6 p.m. daily)
E-mel: booking@tanah-aina.com
Laman web: http://www.tanahaina.com/fahad/